Wednesday, June 8, 2011

Apa itu Riba?

Salam semua. Semoga sihat-sihat belaka JJ ucapkan.

Hari ni JJ nak cerita pasal Riba'. Sebelum ni, JJ ada cerita maksud asas Riba di mana dalam sistem kewangan Islam, Riba itu sering diperkatakan oleh pengguna macam JJ dan anda semua. Seperti yang semua tahu, Riba itu adalah Haram. Segala perbuatan jual beli yang melibatkan Riba adalah terang-terangan hukumnya Haram. Jadi tiada persoalan di sini.

Tetapi, adakah dalam sistem kewangan Islam di Malaysia mahupun global, mengamalkan Riba? Contoh terdekat, bila JJ pinjam RM10,000 tapi nanti JJ kena bayar RM12,000 dalam masa 5 tahun. Adakah itu Riba? Jadi, sebelum memeningkan kepala, dalam post ni, JJ nak terangkan asas Riba sahaja. InsyaAllah pada masa hadapan JJ akan rungkaikan lagi permasalahan-permasalahan ini. InsyaAllah.

RIBA'

Riba atau al-ziyadah bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman". Surah Al-Baqarah.

Daripada maksud di atas, jelas menunjukkan yang Riba itu ialah tambahan dari jumlah pinjaman yang kita telah pinjam. Berbalik kepada contoh JJ di atas, JJ telah pinjam RM10,000, jadi JJ kena pulangkan semula kepada pemberi pinjaman sebanyak RM10,000. Betul tak?

Mari kita pergi pada sistem ekonomi Islam yang sedang hangat diperkatakn sekarang. Kebanyakan Riba ini diamalkan oleh bank atau sistem perbankan dan sistem insurans. Jadi kepada semua, JJ harap sebelum nak setuju untuk membuat pinjaman atau insurans, kaji lah sama ada pinjaman atau insurans itu mengamalkan Riba atu tidak.

Jadi, bagaimana bank nak buat duit atau untung kalau macam ni. Jadi, sistem bank pun memperkenalkan beberapa produk yang boleh dikatakan tidak mengamalkan Riba seperti Mudharabah, Wadiah, Musyarakah, Murabahah dan Ijarah serta Takaful dalam sistem insurans Islam.

Bagaimana semua produk ini mengelakkan Riba? JJ akan kupas dalam post yang akan datang. Jadi, jangan pening-pening ya. InsyaAllah segalanya akan diberitahu.

Thursday, June 2, 2011

IPO - MSM Malaysia Holdings



Salam semua.

Hari ni JJ nak cakap pasal IPO ataupun dikenali dengan Initial Public Offerings. Jadi, kalau sesiapa tak tahu apa itu IPO, rajin-rajinlah tanya Uncle Google or Aunt Wiki. Semua ada kat situ.

Secara ringkasnya, IPO ialah penjualan saham oleh syarikat-syarikat yang baru hendak diniagakan di Bursa Malaysia. Jadi, kiranya, baru pertama kali la. Jadi, kali ini IPO baru ialah MSM Malaysia Holding. Ramai juga yang menantikan IPO MSM ni sebab syarikat ni ada peluang yang cerah untuk lebih maju dan peroleh untung yang besar.

Serba sedikit pasal IPO MSM ni:

- Perolehan utama datang dari penjualan gula.
- Harga IPO ialah RM3.38.
- Tarikh tutup ialah 13 June 2011.

Peribadinya, JJ rasa IPO ni ada masa depan yang cerah dan kemungkinan akan jadi panas sebab MSM ni ada kene mengena dengan Felda Holding.

Jadi mari kumpul duit beli IPO MSM ni. Selamat melabur sambil beramal.

Bank bercirikan Islam di Malaysia

Salam semua!

Berikut adalah senarai bank-bank yang yang menjalankan sistem kewangan Islam di Malaysia. Cuma diingat, malaysia adalah diantara negara yang amat maju dalam meningkatkan mutu kewangan Islamnya. Bangga pulak JJ sekejap. hehe. Jadi marilah kita semua buka akaun bank-bank dekat bawah ni..hehe

1. Bank Islam
2. Bank Muamalat
3. Kuwait Finance House
4. AlRajhi Bank
5. Asian Finance Bank
6. Maybank Islamic
7. CIMB Islamic
8. RHB Islamic
9. AmIslamic
10.OCBC Al Amin
11.HSBC Amanah
12.Standard Chartered Saadiq
13.Affin Islamic
14.Alliance Islamic
15.Public Islamic
16.EONCap Islamic
17.Hong Leong Islamic

Sekarang JJ dengar sibuk DRB Hicom nak jual Bank Muamalat kepada Bank Islam sebab nak pastikan malaysia akan terus maju dalam kewangan Islam. Nantikan juga bank Islam gergasi yang akan beroperasi di Malaysia sebab Bank Negara dah bagi lesen.

Semoga Malaysia akan terus Maju. Amiin.

Apa itu kewangan Islam?

Salam semua. Harap-harap sentiasa sihat. Terima Kasih kepada Tuhan kerana masih memberi kita nyawa untuk sehari lagi.

Pertama sekali, JJ nak cerita apa itu kewangan Islam dan bagaimana sistem ini dijalankan. Seperti yang semua tahu, kewangan Islam tidak berteraskan Riba'. Apa itu Riba'? Riba' itu dikira faedah yang dikenakan kepada penghutang disebabkan kepada sesuatu sebab contohnya pinjaman.

Jadi untuk tidak memeningkan kepala, semua sistem Riba dikira konvensional ataupun tidak bercirikan Islam. Senangkan?

Itu baru Riba' dan semua orang tahu. Selain itu, kewangan Islam juga tiada Gharar iaitu ketidakjelasan dalam pelaburan. Ambil contoh, jika kita mahu melabur dalam mana-mana syarikat, kita mestilah tahu syarikat berkenaan melabur dalam perniagaan apa. Adakah mengikut ajaran yang sebenarnya? Jika, jelas dan mengikut ciri-ciri Islam, maka itu mengikut sistem kewangan Islam yang betul. Jika kita masih ragu-ragu dalam pelaburan syarikat itu, maka itulah gharar dimana tiada kejelasan dalam perniagaan.

Jadi, kesimpulannya, dalam sistem kewangan Islam, Riba' dan Gharar adalah diharamkan sepert sabda Rasulullah saw dalam hadis Abu Hurairah yang berbunyi:

“Artinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar”

Selamat Datang

Salam semua dan selamat sejahtera

Setelah sekian lama JJ (Jack Johan) nak hasilkan satu blog yang bercirikan Islamik produk. Disebabkan JJ ni ada ilmu sikit pasal hal ehwal ekonomi dan yang seangkatannya, jadi JJ pun ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada kepada semua yang ingin mendalami pasal hal ehwal Ekonomi Islam atau lebih dikenlai dengan Isalmic Finance.

Jadi nantikanlah ilmu-ilmu yang JJ nak kongsikan bersama.

Selamat datang semua dan marilah kita sama-sama mengimarahkan lagi blog ini. Amiin.