Salam semua. Harap-harap sentiasa sihat. Terima Kasih kepada Tuhan kerana masih memberi kita nyawa untuk sehari lagi.
Pertama sekali, JJ nak cerita apa itu kewangan Islam dan bagaimana sistem ini dijalankan. Seperti yang semua tahu, kewangan Islam tidak berteraskan Riba'. Apa itu Riba'? Riba' itu dikira faedah yang dikenakan kepada penghutang disebabkan kepada sesuatu sebab contohnya pinjaman.
Jadi untuk tidak memeningkan kepala, semua sistem Riba dikira konvensional ataupun tidak bercirikan Islam. Senangkan?
Itu baru Riba' dan semua orang tahu. Selain itu, kewangan Islam juga tiada Gharar iaitu ketidakjelasan dalam pelaburan. Ambil contoh, jika kita mahu melabur dalam mana-mana syarikat, kita mestilah tahu syarikat berkenaan melabur dalam perniagaan apa. Adakah mengikut ajaran yang sebenarnya? Jika, jelas dan mengikut ciri-ciri Islam, maka itu mengikut sistem kewangan Islam yang betul. Jika kita masih ragu-ragu dalam pelaburan syarikat itu, maka itulah gharar dimana tiada kejelasan dalam perniagaan.
Jadi, kesimpulannya, dalam sistem kewangan Islam, Riba' dan Gharar adalah diharamkan sepert sabda Rasulullah saw dalam hadis Abu Hurairah yang berbunyi:
“Artinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar”
No comments:
Post a Comment