Salam semua. Semoga sihat-sihat belaka JJ ucapkan.
Hari ni JJ nak cerita pasal Riba'. Sebelum ni, JJ ada cerita maksud asas Riba di mana dalam sistem kewangan Islam, Riba itu sering diperkatakan oleh pengguna macam JJ dan anda semua. Seperti yang semua tahu, Riba itu adalah Haram. Segala perbuatan jual beli yang melibatkan Riba adalah terang-terangan hukumnya Haram. Jadi tiada persoalan di sini.
Tetapi, adakah dalam sistem kewangan Islam di Malaysia mahupun global, mengamalkan Riba? Contoh terdekat, bila JJ pinjam RM10,000 tapi nanti JJ kena bayar RM12,000 dalam masa 5 tahun. Adakah itu Riba? Jadi, sebelum memeningkan kepala, dalam post ni, JJ nak terangkan asas Riba sahaja. InsyaAllah pada masa hadapan JJ akan rungkaikan lagi permasalahan-permasalahan ini. InsyaAllah.
RIBA'
Riba atau al-ziyadah bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman". Surah Al-Baqarah.
Daripada maksud di atas, jelas menunjukkan yang Riba itu ialah tambahan dari jumlah pinjaman yang kita telah pinjam. Berbalik kepada contoh JJ di atas, JJ telah pinjam RM10,000, jadi JJ kena pulangkan semula kepada pemberi pinjaman sebanyak RM10,000. Betul tak?
Mari kita pergi pada sistem ekonomi Islam yang sedang hangat diperkatakn sekarang. Kebanyakan Riba ini diamalkan oleh bank atau sistem perbankan dan sistem insurans. Jadi kepada semua, JJ harap sebelum nak setuju untuk membuat pinjaman atau insurans, kaji lah sama ada pinjaman atau insurans itu mengamalkan Riba atu tidak.
Jadi, bagaimana bank nak buat duit atau untung kalau macam ni. Jadi, sistem bank pun memperkenalkan beberapa produk yang boleh dikatakan tidak mengamalkan Riba seperti Mudharabah, Wadiah, Musyarakah, Murabahah dan Ijarah serta Takaful dalam sistem insurans Islam.
Bagaimana semua produk ini mengelakkan Riba? JJ akan kupas dalam post yang akan datang. Jadi, jangan pening-pening ya. InsyaAllah segalanya akan diberitahu.
No comments:
Post a Comment